May 30, 2010

Ladang Itik Penelur KhakiCampbell

Assalamualaikum..ni la baru ada kelapangan nak buka internet setelah sekian lama terputus talian sebab malas nak guna internet hehe..
sebenarnya blog ni dah lama buat tapi terbengkalai hohoho..atas keizinanNya aku akan postkan sedikit sebanyak perkembangan ladang dengan internet brukband aku yang slow bangat kat kawasan aku nih. aku cuba gak la coret2 dalam blog nih atas sebab permintaan ramai kan. ye lah kan nak menyahut seruan kerajaan memodenkan kaedah perniagaan dengan aplikasi internet huhuhu. ok peace no war!

serba sedikit tentang ladang aku nih. dah berlangsung 6 tahun perjalanannya.beralamat di Kg Chenua Sega, raub , Pahang.
atas nama Khaki Campbell eggs farm. khaki campbell ni adalah sejenis nama itik penelur.
itik diladang hanya baka khaki campbell.ciri-ciri itik ni antara yang terbaik..boleh cari maklumat di internet.
setakat ni ada lebih kurang 4000 ekor di ladang, dalam proses nak menambah kuantiti itik sebab permintaaan telur yang amat menggalakkan. ehee syukur Alhamdulillah.

produk telur seperti biasa..telur mentah, telur masin sekam, telur masin jeruk..
nak tengok gambar nanti aku upload tapi buat sementara boleh tengok di facebook aku.
email - hazs1802@yahoo.com atau cari nama hazrad anuar.

No comments: